Sunday 2 February 2014

Cinta Dalam Hati

Khalif memandang lama ke arah komputer ribanya yang bercahaya terang. Dia menyemak satu persatu kiriman yang ada didalam peti masuk e-melnya. Namun, tiada satu kiriman pun daripada Fazura. Ya, Fazura. Gadis yang teramat dirinduinya. Khalif melepaskan keluhan berat sambil bersandar di atas kerusi pejabatnya. Dia membuka satu fail gambar yang ada disimpan didalam komputer ribanya. Kelihatan satu potret yang didalamnya ada dua wajah tersenyum gembira. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Itu adalah gambar dia dan Fazura yang diambil lebih kurang 10 tahun yang lalu. Ketika mereka berumur 16 tahun dan masih berada di bangku sekolah lagi. Saat itu memang indah sekali. Fazura sentiasa berada disampingnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Fazura meninggalkannya untuk menyambung pengajiannya di luar negara. Walaupun menjalin persahabatan hampir tiga tahun lamanya, namun mereka tidak pernah meluahkan isi hati masing-masing sehingga Fazura melanjutkan pelajarannya dan sehingga ke saat ini. Dia akui, memang dia mencintai Fazura namun ungkapan keramat itu tak pernah berjaya diluahkan dan mereka hanya mampu menjalinkan persahabatan. Sehingga kini, dia sendiri tidak pasti apakah perasaan Fazura terhadapnya. Dia mengeluh sekali lagi entah untuk yang ke berapa kalinya. Dia menyemak peti masuk e-melnya sekali lagi. Ada satu pesanan yang belum dibaca. Hatinya berdebar-debar saat melihat nama Fazura yang menghantar pesanan itu. Dia membuka dan membacanya perlahan.
            “Assalammualaikum, Khalif. Sorry Zura dah lama tak send email kat Khalif. I’ve been busy lately. Well, Zura nak beritahu yang Zura will arrive in KL dalam masa seminggu lagi. Wait for me ya! Bye.” Khalif tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang namun hatinya berubah menjadi resah tatkala teringatkan Adeeba, gadis yang kini menjadi kekasihnya.
******
Fazura menatap potret Khalif. Pupuk matanya digenangi air kesedihan yang tak tertahan lagi. Cinta yang selama ini terbina hancur musnah dan berkecai begitu saja.
            “Zura, ni girlfriend Lif, Adeeba. Sayang, ni my best friend, Fazura.” Fazura tersentak saat Khalif mengutarakan kata-kata sebegitu. Terasa hatinya pedih melihat wajah Khalif yang bersahaja dan bahagia bersama gadis bernama Adeeba. Amanda, sahabat baiknya juga tersentak  mendengarkan Khalif sudah berpunya kekasih hati sedangkan dia tahu Fazura amat mencintai Khalif. Namun begitu, Fazura hanya tenang dan tidak cepat melatah.
            “Hei, Zura. Zura still single lagi? Tu la, jual mahal sangat.” Tanpa disedari, gurauan Khalif membakar hati Fazura. Tangannya terasa ringan untuk dilekapkan ke muka Khalif. Namun begitu, dia menahannya dengan senyum dan tawa kecil. Fazura memejamkan mata bundarnya. Wajah Khalif berlegar-legar diruang matanya. Hatinya sakit. Ingin saja wajah lelaki itu dihapuskannya. Amanda memegang lembut bahu Fazura. Fazura tersentak lalu membuka matanya. Mata Fazura dan Amanda bertaut. Pantas Fazura memalingkan mukanya.
            “Zura, apa dah jadi ni? Kenapa Khalif,” Soal Amanda yang amat fasih berbahasa Melayu. Fazura hanya menggeleng tanda tidak tahu.
            “Zura, aku tahu kau sedih. Aku faham. Tapi, kau mesti minta penjelasan daripada dia. Kenapa dia buat kau macam ni? Hei, Zura. Lapan tahun kau tunggu dia tahu? Bukan main-main tau. Tiba-tiba dia dah ada Adeeba pulak. That’s not fair, you know?” Ujar Amanda dengan nada marah. Fazura hanya tersenyum kelat.
            “Entahlah, Amanda. Aku sendiri pun tak tahu. Tapi aku tahu, benda ni jadi pun bukan salah Khalif. Dia tak pernah luahkan apa-apa pun perasaan dia pada aku. Jadi memang patut pun dia ada Adeeba sekarang ni. Biarlah aku sendiri,” Jawab Fazura sayu. Airmatanya mengalir kian deras.
            “Then, kau nak biar je cinta kau berkubur macam tu? Cinta kau dengan Khalif sepatutnya bersatu bukan dikuburkan. Zura, don’t give up. Come on. Aku nak tengok kau happy.” Luah Amanda semakin geram.
            “Kalau boleh, aku pun nak kau tengok aku bahagia. Apatah lagi dengan Khalif. Tapi we’re are not meant together. Biarlah,” ujar Fazura. Suaranya semakin tenggelam.
            “Zura,” bisik Amanda sayu sambil memeluk Fazura.
******
            “Zura, jom keluar?” Pelawa Khalif. Suaranya kedengaran riang di talian. Fazura mengeluh.
            “Sorry la Lif, Zura sibuk ni. Lif kan ada Deeba. So why not Lif keluar dengan dia je? Lagipun dia kan girl Lif?” Sindir Fazura pedas menyengat di telinga Khalif.
            “Okaylah macam tu Zura. Thanks. Bye,” Balas Khalif kecewa. Wajah Fazura berubah. Hatinya tiba-tiba berdebar. Adakah Khalif berkecil hati dengan kata-katanya? Baru sahaja hendak menelefon Khalif semula, tiba-tiba ada panggilan daripada nombor tak dikenalinya masuk.
            “Siapa pula ni.” dia mengomel sendirian lalu menjawab panggilan tersebut.
            “Assalamualaikum, Cik Fazura?” ujar satu suara lembut. Fazura mengerutkan keningnya.
            “Waalaikumussalam, ya Fazura bercakap. Cik ni siapa ya?” balas Fazura sopan.
            “Saya Adeeba. Maaf mengganggu,” ujar suara itu lagi. Wajah Fazura berubah.
            “Mana dapat nombor telefon saya ni? Ada apa?” Fazura cuba mengawal suaranya.
            “Saya dapat daripada Khalif. Saya nak jumpa dengan Zura boleh? Hal penting sangat. Boleh?” pinta Adeeba benar-benar mengharap.
            “Okay, sure. But nanti awak teks kat saya dimana dan pukul berapa ya? Because saya pun tengah sibuk sangat ni. Well, I gotta go. I’m sorry. Bye,” Pantas Fazura memutuskan talian. Dia mengeluh.
            “Ya Allah, apa lagi kini?” dia menjerit kecil.
                                                                        ****
            “Khalif?” ujar Fazura terkejut melihatkan Khalif turut berada di situ. Fazura memandang Adeeba meminta pengertian. Adeeba tersenyum lalu meminta Fazura duduk. Fazura hanya akur.
            “Fazura, dah tiga bulan awak balik ke Malaysia, tapi apa yang awak belum dapat lagi?” soal Adeeba. Khalif hanya membisu. Fazura mengerutkan keningnya tanda tidak mengerti.
            “Apa? What do you mean?” soal Fazura benar-benar tidak mengerti.
            “Khalif, dah tiga bulan Zura balik ke Malaysia, tapi apa yang Lif tak dapat lagi?” soal Adeeba lagi. Kali ini Khalif pula yang tidak mengerti.
            “Apa dia sayang? You make me confused,” soal Khalif pula.
            “Dan dah lima bulan kita bersama tapi apa yang Deeba tak dapat lagi daripada Lif?” suara Adeeba mulai bertukar sayu. Khalif membisu. Wajahnya berubah.
            “Lima bulan kita bersama Lif, tapi sikit pun Deeba tak rasa yang Lif cintakan Deeba. Setelah Deeba terbaca luahan hati Lif dengan Zura, Deeba tahu pada siapa Lif letakkan cinta Lif. Pada Nurul Fazura kan?” ujar Adeeba dengan suara yang tenggelam timbul. Fazura dan Khalif tersentak.
            “Deeba! Apa Deeba cakap ni?” Suara Khalif semakin meninggi.
            “Apa tak betul apa yang Deeba cakap? Apa yang Lif tak dapat lagi setelah tiga bulan Zura di sini? Cinta Zura kan? Dan Zura, apa yang Zura tak dapat lagi? Cinta Khalif kan?” soal Adeeba bertalu-talu membuatkan Fazura dan Khalif tergamam dan membisu. Airmata mengalir kian deras di pipi gebu Adeeba.
            “Lif, mulai sekarang kita putus! Deeba doakan semoga Lif bahagia dengan Zura. Selamat tinggal,” Khalif tercengang. Belum sempat Adeeba berdiri, Fazura terlebih dahulu berdiri dan menggenggam tangan Adeeba.
            “No! Semua ni tak boleh berlaku antara Lif dan Deeba. Khalif milik Deeba dan Zura tak berhak mengambil apa yang menjadi milik Deeba. Percayalah Deeba, Zura tak pernah mencintai Khalif walau sedikit pun! Kami hanya kawan. Kalau semua ni dah cukup, Zura minta diri. Assalamualaikum,” ujar Fazura menghiris hati Khalif. Pantas Fazura berlari. Namun, Adeeba yang tidak berpuas hati mengejarnya yang sedang menuju ke arah lalu lintas yang sesak. Orang ramai hanya memerhati.
            “Fazura, wait!! Fazura, wait! Nurul Fazura, tunggu,” teriak Adeeba sambil mengejar Fazura. Namun, tiba-tiba ada sebuah kereta bergerak laju menuju ke arah Adeeba dan melanggarnya.
            “Adeeba! Noooo!!” teriak Khalif kuat membuatkan Fazura memberhentikan langkahnya lalu menoleh. Kelihatan Adeeba sudah membuntang ditengah jalan dengan keadaan berlumuran darah. Fazura tercengang lalu segera mendapatkan Adeeba. Khalif memeluk kuat tubuh merah Adeeba.
            “Faz… zura… zu… ra,” bisik Adeeba dengan suara yang tersekat-sekat. Fazura mendekati Adeeba perlahan.
            “Ya, Deeba?” ujar Fazura. Nyawa Adeeba tatkala itu sudah nyawa-nyawa ikan.
            “Dee… ba… nnak… Zu… Zura jaga Lif… Jan… janji… ya?” pinta Adeeba dengan suara putus-putus. Fazura hanya mampu mengangguk. Akhirnya, Adeeba menghembuskan nafas terakhirnya didalam pangkuan Khalif. Fazura gagal menahan sebak begitu juga dengan Khalif. Tangan fazura ditepis kuat oleh Khalif tatkala cuba menyentuh Adeeba. Dia tersentak.
            “You better don’t touch her! You just go! Go! Pergi!” ujar Khalif marah. Fazura tersentak. Pupuk matanya digenangi airmata yang semakin deras mengalir. Fazura memandang Khalif meminta simpati.
            “Pergi!!” jerit Khalif membuatkan Fazura terus berlalu pergi.
******
Sudah hampir sebulan Adeeba pergi menghadap Ilahi. Namun, kemarahan Khalif terhadapnya masih lagi belum surut. Entah kenapa, dia sendiri tidak mengerti. Dia melepaskan keluhan berat. Dia cuba menghubungi nombor telefon Khalif. Namun, hampa. Khalif tidak mahu menjawab dan mematikan telefonnya. Fazura mengeluh lagi. Mungkin Khalif masih terlalu marahkan dirinya. Dia tahu, dia seorang wanita ego dan pentingkan diri sendiri. Mungkin itu adalah pengajaran buat seorang wanita sepertinya. Dia telah mengunjungi rumah ibu bapa Khalif  namun kata Datin Fatimah Khalif bertugas di Langkawi. Dan, demi cintanya, Fazura pergi menjejaki Khalif di Langkawi. Kedatangannya disambut oleh teman baik Khalif, Firdaus.
            “Eh, Fazura! Kau cari Khalif ke?” soal Firdaus. Fazura tersenyum lalu mengangguk perlahan.
            “Hmm, ya. Dia ada?” balas Fazura.
            “Sekejap, aku panggil dia,” ujar Firdaus sambil berteriak memanggil Khalif. Tidak lama kemudian, kelihatan Khalif disebalik pintu bilik tempat mereka menginap.
            “Daus, kau suruh je dia balik. Aku tak ada apa nak cakap dengan dia,” arah Khalif. Firdaus mengerutkan keningnya.
            “Weh, gila apa? Dia datang jauh-jauh, kau suruh dia balik?” balas Firdaus terkejut.
            “Aku tak suruh dia datang. Jadi, kau suruh dia balik. Aku tak nak tengok muka dia!” teriak Khalif semakin lantang. Fazura hanya berdiam menahan kesedihan. Firdaus menuruni tangga perlahan mendekati Fazura. Belum sempat Firdaus membuka kata, Fazura terlebih dahulu mengerti.
            “Khalif suruh aku balik, kan? Okay fine,” ucap Fazura sayu sambil berlalu pergi diperhatikan Firdaus dan Khalif.
******
Setelah menenangkan diri, Fazura menggagahkan diri untuk pulang. Dia cuba menghubungi Khalif sekali lagi. Namun tiada jawapan seperti selalu. Sebelum pulang, Fazura membuat keputusan untuk menenangkan fikirannya di pantai yang ada di resort tersebut. Secara tidak sengaja, Fazura terserempak dengan Khalif.
            “Khalif. Tunggu dulu!” ujar  Fazura. Khalif memberhentikan langkahnya. Namun dia memalingkan mukanya daripada Fazura.
            “Mesti Khalif benci sangat dengan zura kan? Mesti Lif marah sangat dengan Zura kan?” ujar Fazura.
            “Hmm, ha’ah. Memang Lif marah sangat dengan Zura, Lif bencikan Zura!” balas Khalif selamba.
            “Lif, Zura minta maaf. Tolong maafkan Zura,” pinta Fazura dengan sayu.
            “Ok, Lif maafkan,” jawab Khalif selamba sambil melangkah perlahan-lahan ingin meninggalkan Fazura.
            “Khalif, Zura cintakan Lif! Khalif!” teriak Fazura buat Khalif tersenyum. Khalif melangkah semakin laju.
            “Apa? Lif tak dengar? Cakap kuat sikit boleh tak?” pinta Khalif.
            “Fazura cintakan Khalif!” jerit Fazura lagi. Namun Khalif terus hilang daripada pandangan. Fazura terduduk. Airmatanya mengalir deras. Namun, tiba-tiba.
            “Lif pun cintakan Zura,” Khalif berbisik lembut ditelinganya. Fazura menoleh. Kelihatan wajah Khalif tersenyum memandangnya. Khalif membantu Fazura berdiri. Khalif memegang wajah Fazura dan memandangnya lama.
            “Cinta dalam hati Lif hanya untuk Zura dan sentiasa juga selamanya untuk Zura. Dah lama cinta yang indah ini tercipta untuk Zura tapi hanya tersimpan dalam hati. Zura, Lif cintakan Zura. Lif nak jadi Zura jadi teman hidup Lif untuk selamanya. Zura sudi?” pinta Khalif penuh romantis. Fazura tersenyum.

            “Hanya Lif pemilik cinta dalam hati Zura. Zura pun cintakan Lif. Dan dah tentu Zura sudi untuk jadi teman hidup Lif. Zura sudi sayang,” balas Fazura. Khalif menggenggam tangan Fazura lalu mengucupnya perlahan. Dan, mereka berdua melangakah seiringan dengan penuh rasa cinta dalam hati disaksikan bumi Langkawi.

2 comments: