Wednesday, 29 January 2014

Di Sebalik Tabir Cinta Bougainvilla

Assalamualaikum pembaca semua! (^_^)

Malam ni tiba-tiba rajin pulak aku nak update blog. Atau dalam erti kata yang lain, aku dah jatuh cinta dalam bidang blogging ni. Heheh *senyum sumbing* :)

Okay, come back to my actual purpose, sebenarnya aku nak kongsi dengan korang di sebalik tabir cerpen Cinta Bougainvilla yang aku baru je post hari tu. Hah? Tak baca lagi? Takpe. Scroll down je okey :)

Ceritanya bermula pada satu hari kat perpustakaan sekolah...
Masa aku Form 6 dulu, kalau ada masa yang cikgu tak masuk, aku dengan kawan2 aku akan meluangkan masa samada dekat lab com ataupun library *even tak baca buku/study sangat* pun. Nak dijadikan cerita, satu hari tu, aku dengan kawan rapat aku Hanis, pergi library memandangkan cikgu tak masuk kelas. Konon nak study but end up dengan berborak & berbuang masa. Hehe. Kalau korang nak tahu, Hanis ni jenis kaki novel. Dia kalau baca novel habiskan satu malam pun selamba je. So, masa tengah berborak tu, kita orang boleh pulak terberangan tentang satu cerita cinta yang agak sweet. Keh keh keh >_< 

Then... aku decide nak buat satu cerpen tentang cerita cinta sweet yang kita orang berangan masa dalam library tu dan aku hadiahkan special untuk Hanis sempena persahabatan kita orang. Hah, nampak tak aku sweet? *perasan* hehehe :p Yang paling best, masa aku nak bagi cerpen tu pada Hanis, aku suruh dia tutup mata. Tapi tak nak sebab takut aku nak bagi hadiah bukan2 kat dia. Ada ke patut? Ish3 *geleng kepala*
Tapi, bila je dia tengok cerpen tu depan mata dia, terus senyum lebar. Tak pasti pulak berapa meter. Hohoho (^0^)

Setakat tu je yang aku nak cerita. Aku betul2 harap korang enjoy baca karya yang aku kongsikan tu. Sebarang kritikan, sila lampirkan dengan cara berhemah. Terima kasih untuk masa korang. Selamat malam. Adios! Tata :) Titi :) Tutu :)
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment