Saturday 1 March 2014

Kecewa Bukanlah Alasan Untuk Tidak Bahagia

Assalamualaikum semua :)
Panjangnye tajuk entri hari ni. Hehe ^_^

Dalam kehidupan kita ni Allah dah ciptakan macam2 jenis perasaan. Dan kekecewaan adalah salah satu perasaan yang kita ni sebagai manusia biasa mesti pernah rasa. Kan? Ada tak orang yang tak pernah kecewa dalam hidup dia? Aku rasa tak ada. Kalau ada pun, baby je. Haha.
Dulu, aku selalu dengar orang kata : "kekecewaan nilah yang membuatkan aku tak bahagia"
ataupun "aku dah terlalu kecewa sampai aku rasa bahagia tu tak wujud langsung dalam hidup aku."
Kenapa? Kenapa kita mesti jadikan kekecewaan kita tu sebagai alasan kita tak bahagia dalam hidup?
Kita selalu sangat cari alasan. Tapi tak cuba pun nak bangkit daripada kekecewaan atau kegagalan dalam hidup. Cubalah. Sesekali, kita bermuhasabah & berfikir sejenak. Pernah dengar tak bahawa berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat seribu tahun?

Hmm...
Bila kita alami kekecewaan ataupun kegagalan, cuba tukar pandangan kita ke arah yang lebih positif. Macam mana tu? Langkah yang paling baik sekali adalah kita kena pujuk hati kita & katakan pada dia : "duhai hati, kenapa kau bersedih? Bukankah kau ada Tuhanmu? Mohonlah padaNya agar kesakitanmu diubati. Pintalah kekuatan dariNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang."
Selepas tu, kita beruwudhuklah. Bentangkan sejadah. Menghala ke kiblat. Lakukan solat dua rakaat. Pada sujud terakhir, menangislah semahunya. Luahkan segalanya pada Dia. Kerana pada saat itu Dia amat dekat dengan kita. Mintalah segalanya. Dia itu Maha mendengar. Berdoalah dengan hati yg benar2 ikhlas keranaNya. Dia selalu ada untuk hamba2Nya :)

Selain tu, kita kena selalu fikir, dalam dunia ni, ada jutaan hamba Allah yang sedang diuji dengan pelbagai bentuk dugaan & ujian. Semuanya diuji Allah sesuai mengikut kemampuan hamba2Nya. Ada orang yang lebih hebat lagi bentuk dugaannya. Jadi kenapa kita harus merungut? Bukankah kita dapat membuang air kecil dengan selesa tanpa sebarang masalah? Jadi, kenapa kita mesti merungut?
Ada manusia hidup dalam keadaan yang serba daif. Tapi, dia bersyukur dan merasa cukup bahagia bersama ahli keluarganya. Jadi, kenapa kita masih perlu mengatakan kita tak bahagia hanya kerana kita kecewa dengan sesuatu?

Kecewa bukanlah alasan untuk tidak bahagia. Kerana bahagia itu ada di sekeliling kita. Carilah. Mungkin ia ada pada ibu & ayah kita. Mungkin pada anak2 kita. Mungkin pada kehidupan kita sendiri yang kita tak pernah sedar ataupun cari.
 Bersykurlah... Bersyukurlah... Bersyukurlah...
Kerana Allah telah mencukupkan kita dengan pelbagai nikmat yang sebaik-baik nikmat.
Bersabarlah... Bersabarlah... Bersabarlah...
Kerana Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar :)

-Gadis Tulis-


No comments:

Post a Comment